minggu ni balik..
sebab tu lah aku boleh update belog ku yang sudah usang ini
lama jariku tidak menari diatas keyboard ni.
tau tak yang abah saya accident?
haih sangat laa scary.
meh sini nak cite. duduk dekat sikit.
AHAD
macam ni.. aku datang asrama pada pagi Ahad. abah aku hantar. sebelum chow aku pesan jangan bawak ketreta laju-laju dan jangan balik malam sangat. abah aku membalas dengan hanya anggukan. weird. kan? hmm.. then malam ahad tu aku tak boleh tidur. macam-macam lah petanda yang Allah bagi tapi aku tak perasan akan keanehan perangai ku hari itu.
ISNIN
pagi isnin.lebih kurang jam 10:45 a.m aku nak call ibu aku. tapi terhalang oleh perasaan yang malas dan dah tak sempat. masa cikgu HILMI lepas recess. masa lepas solat zohor ustaz Mat Yunan masuk. aku baru nak duduk dia panggil. "Aqila! meh sini meta!" aku dengan berdebarnya bangun. jalan punya jalan aku berhenti. ustaz then call la warden. dia cakap aku kena balik. ada orang nak mari ambik aku. blur sangat masa tu. what happened? though me. all my friends asked me "bakpo qila?" aku buat muka double jerk jah. aku terus pergi call umah. tet..tet... "helo assaamualaikum. abang ke ni?" aku tanya. adik aku angkat tepon. "ho" dia jawaab. "bakpe angah kena balik umoh?" soalan yang dari tadi terbelenggu dalam kepala."nok gi hospital. aboh accident!'' finally aku tahu sebabnya. aku ternganga di situ. alone. adik aku cakap k.wani jiran nak datang ambik pukul tiga.
aku naik mandi dan kemas apa yang patut. menyelam sambil minum air orang kata. aku mandi sambil nangis. kuakua.aku turun. tak makan apa-apa pun. mati selera. laamaa laa jugak aku tunggu. then aku jumpa Arissa,Hasya and Insyie. best buddies ever. dia orang dah tahu pasal abah aku.cumaa masih lagi tak cakap. aku pon cerita laa. aku belanja Arissa. lama tak belanja minah tu sorang. tunggu punya tunggu sampai asar. aku hilang sabar menuggu. call umah. wan aku angkat phone. dia cakap k.wani tak jadi nak ambik aku. abang duwe nak mari. aku dengar tu haiyyoooo!!! apa kes? takpelah asal sampai. naik solat. tunggu lagi. lebih kurang jam 5:45 p.m baru laa diorang sampai. terkejut beruk aku tengok orang yang aku tak kenal. kawan abang duwe. entah nama apa. aku tak tanya. dia tolong angkat beg aku sumbat dalam boot belakang. sepanjang perjalanan first time aku tak tido. berdebar punya pasal.aku pon tertengok laa speck hitam yang dipakai alien tu. 'eh? macam speck aiman rahman je' telah aku dalam hati. teringat kat Arissa.
jam 9:45 p.m baru sampai hospital. pak guard tak nak bagi aku masuk. so aku tunggu kat luar sorang-sorang. takut laa. dah la semua lelaki.aku seko je perempuan kat situ. nasib baik laa si pak cik alien ada kat situ. teman aku. haih.. tak lama lepas tu aku nampak ayah chik aku. aku mintak diri dengan alien tu then aku pergi kat ayah chik. nak tanya pasal abah aku laa. ayah chik cerita laa. lepas tuu yang lucunya ada pakcik ni ingat aku kena kacau kot. dia datang tanya ayah chik aku. banyak pulak songeh pak cik ni. ngek. then alien tuu ulak intai kut celah daun. nak make sure aku selamat kut.. uhuhuhu baik jugak alien ni. dah laa hensem. adik aku cakap. aku tak tengok pon muka dia. just tengok baju dia. ngee~
jam 10:20 aku naik. tengok abah aku. terkezut aku. kepala kaki tangan berbalut. aku pergi kat abah aku. abah aku panggil suruh sayang dia. mmmmuaaahhh aku bagi.sebak melanda. tahan qila tahaan. jangan nangis depan abah. abah sakit tu. jangan lemahkan abah. lama laa jugak dok situ. aku pon turun sebab nak ambik beg. aku wan alien tu angkat beg. letih laa. then bye-bye alien. sedih laa pulak. huwahuwa. sengih lambai. jam 11 balik hotel.
dan hari-hari berikutnya aku hanya duduk ulang alik. hospital hotel . aishh letih.
ok laa banyak sangat dah tulisan ni. bye-bye. thx for reading .